Lensa News

Fakta, Data dan Realita

Friday 26th July 2024

Life Petal Lounching Lagu Lambaian Syawal Menghiasi Radio Riau Indonesia

Life Petal Lounching Lagu Lambaian Syawal Menghiasi Radio Riau Indonesia

Singapura LENSA NEWS

Band ‘Life Petal’ telah ditubuhkan pada tahun 2013 bermulanya dengan menggunakan nama ‘Fassa De’rossa’ dan tukar kepada ‘Life Petal’ pada tahun 2014.

Maksud nama Life Petal ialah menunjukkan band ini hendak menyampaikan mesej tentang kehidupan iaitu dalam Bahasa inggerisnya ‘Life’ dan ‘Petal’ pula ialah kelopak bunga dalam Bahasa Inggeris menunjukkan kiasan tentang alam cinta, tak kira dengan sesama hubungan manusia dan Maha Pencipta.

Single ke Lapan yang bertajuk “Lambaian Syawal” berentak Balada. Sinopsis: Lirik lagu ini dikarang oleh Mohd Khair Mohd Yasin (penulis lagu “Cinta Melonkolia” pada awal 90an). “Lambaian Syawal” mengisahkan suasana menyambut bulan Syawal secara umum, ada yang menyambut secara gembiraan & ada pula suasana yang sedih dan pilu. Kegembiraan kerana sudah menunaikan ibadah puasa selama sebulan. Maka hari Raya adalah kemenangan buat mereka. Kesedihan pula kerana ada yang ahli anggota atau saudara mara yang telah pergi dijemput Ilahi tidak dapat menyambut sama seperti hari raya yang sebelum ini. Lagu Lambaian Syawal turut menghiasi corong radio Dumai FM (Radio Pesisir Timur Sumatera) Provinsi Riau, IndonesiaLagu ini selain diputar dicorong radio Dumai, ia juga menjadi baground musik dalam yang dibawa penyampai dalam acara malamnya.

band Life Petal ini untuk sepengetahuan kita semua genre Simfonik Rockestra Balada. Inspirasi rujukan kami Life Petal adalah seperti band Raven, Khalifah & Mojo. Inspirasi di barat (luar negara) pula seperti band Cardiant, Nightwish, Alcatrazz, Myrath & Scorpions. Band Life Petal ini juga pernah diwawancari (Talk Show) Radio Dumai FM dan juga melakukan dialog langsung dibeberapa tempat di kota Dumai, Riau Indonesia.

Berikut lirik dari lagu lambaian Syawal.

Lambaian Syawal (Lirik)

Merindu memori Indahnya Ramadan Mewarnai seriku Lambaian Bulan Syawal

Dengarkan alunan Menjajahi jiwaku Takdirku berjauhan Meriahkan syawalku

Harian ku menitis Kuimpikan kemenangan Lambaian Bulan Syawal Menakluki Pasrahku

Yang bakal berlebaran Yang kekal, perpisahaaaan

Harian ku menitis Kuimpikan kemenangan Lambaian Bulan syawal Menakluki Pasrahku

Merindu memori Lambaian Bulan Syawal

Lirik: Mohd Khair Mohd Yasin Komposer: Luqman Hakim & Zax Ramli Susunan: Life Petal
Mixing & Mastering: Asia Empire Records (rls).

banner 468x60

No Responses

Comments are closed.

lainnya: